Pemeriksaan Saluran Darah

 Tasly

Pemeriksaan saluran darah

APA ITU PEREDARAN DARAH MIKRO?

Peredaran darah boleh digambarkan seperti darah yang meneroka badan kita melalui saluran darah.  Secara purata, kita mempunyai 5 liter darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah, membawa bersama oksigen dan pelbagai nutrien ke semua bahagian badan kita.
Dalam perjalanan balik ke jantung, darah menerima karbon dioksida dan bahan-bahan buangan untuk dikumuhkan.  Arteri membawa muatan darah yang besar jauh daripada jantung dan di dalam tekanan yang tinggi.  Cabang-cabang arteri yang lebih kecil dipanggil arterial dan semakin jauh arterial ini pergi ke kapilari darah.  


Kapilari adalah salur darah yang terkecil.  Saiznya yang kecil membenarkan ia memasuki setiap penjuru badan, membawa bersamanya oksigen dan nutrien ke setiap tisu dan sel-sel badan.
Darah yang berada di dalam kapilari menyumbangkan makanan kepada tisu-tisu badan sebelum mengalir pergi dari tisu-tisu dan organ-organ badan, mengalir ke dalam salur (vena) yang kecil dipanggil venul dan kemudian ke dalam vena yang lebih besar bersama darah-karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan kembali ke jantung.  Di dalam pengaliran balik tersebut, bahan-bahan perkumuhan berkenaan akan keluar melalui sistem perkumuhan seperti peluh, pernafasan, pembuangan air kecil (urine) dan seterusnya.


Peredaran mikro adalah sebuah rangkaian salur darah (vaskular) di antara arterial dan venul termasuklah kapilari, tidak ketinggalan pengaliran darah melalui rangkaian ini.  Dalam perkataan lain:

Peredaran mikro adalah hubungan di antara darah dan setiap sel.  Melalui hubungan ini, tisu dan setiap sel dibekalkan dengan oksigen dan nutrien.

saluran darah tersumbat

Kepentingan Pengaliran Mikro:

 a)  Pembekalan darah yang lebih baik berserta oksigen dan nutrien ke sel bermaksud:
  -  Sel-sel badan berfungsi dengan lebih baik
  -  Semua organ berfungsi dengan lebih baik
  -  Keseluruhan organisma memainkan peranannya dengan lebih baik

Akibatnya:


Sel-sel yang lebih sihat menjamin keadaan kesihatan fizikal dan emosi yang lebih baik!
Peredaran darah yang lebih baik bersama bekalan oksigen yang cukup memastikan sel-sel di sistem saraf utama lebih subur, dan secara automatik menjadikannya lebih cekap.  Tambahan pula, peredaran darah di kulit, ataupun fungsi kapilari darah akan menjadi lebih teratur.  Apabila peredaran darah kita baik, keseluruhan tubuh kita akan merasa kesan positifnya yang lahir daripada proses pembersihan secara umum. Petikan teks dari “The Nature Doctor”

 

*Artikel ini hanya perkongsian dengan pembaca, sebarang pertikaian atau maklumat lebih tepat sila rujuk dengan Pakar Perubatan yang bertauliah.-bhaseer