Home

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Saluran Darah Tersumbat Punca Serangan Jantung

Saya terkena serangan jantung pada tahun 2007 ketika itu umur 34 tahun kerana 2 saluran didapati tersumbat dan telah menjalani rawatan angiogram sebanyak 2 kali. Dalam 2 tahun selepas terkena serangan jantung kesihatan saya merosot teruk dan selalu keluar masuk wad seperti ICU,CCU dan CHDW. Pada Oktober 2009 saya diperkenalkan Kapsul Danshen Plus yang boleh membantu mencuci saluran darah tersumbat dan aktif sehingga saluran yang paling halus (kapilari). Pada mulanya saya tidak percaya tapi selepas mengambilnya lebih kurang sebulan saya terus berhenti semua ubat-ubat Hospital setelah banyak perubahan positif yang berlaku dalam kesihatan saya.
Di sini ingin saya berkongsi dengan semua orang bagaimana Kapsul Danshen Plus ini berfungsi dan menyelesaikan masalah kesihatan yang kronik. Sepanjang saya mengidap jantung koronari, saya belum pernah terjumpa produk 'MEMBERSIH SALURAN DARAH' . Ini satu-satunya produk herba yang dapat membantu membersih saluran darah yang terdapat di pasaran pada masa ini dan ia bebas dari dadah, mendapat kelulusan daripada FDA-IND USA (Food and Drug Admintration, Amerika Syarikat) iaitu produk herba pertama China yang mendapat pengiktirafan ini. Ia mengubah pesepsi kehidupan saya sebagai pesakit koronari di mana selama ini saya hanya bergantung kepada ubat-ubat yang dibekalkan dari Hospital tetapi ia tetap juga tidak memberi penyelesaian sepenuhnya dalam masalah kesihatan saya kerana masih sakit dada dan cepat penat akibat saluran masih tersumbat, ubat-ubat yang dibekalkan kepada saya seperti inspirin hanya membantu untuk mencairkan darah sahaja tapi tidak membuka saluran yg tersumbat. Sebab tuh kita boleh lihat ramai pesakit jantung koronari setiap hari makan ubat tapi dalam masa yang sama masih kena membuat pemasangan stent, belon atau bypass. Kesimpulannya walaupun kita makan ubat setiap hari risiko untuk kena serangan jantung dan strok masih tinggi kerana saluran masih tersumbat. Segala-galanya telah berubah apabila saya mengamalkan makan kapsul DANSHEN PLUS sehingga saluran darah saya tidak lagi tersumbat dan mampu menjalani kehidupan sebenar seperti orang yang sihat . Alhamdulillah syukur kepada tuhan, semoga lepas ini saya dapat membantu insan lain pulak.
Kapsul Danshen Plus boleh diambil bersama ubatan hospital dan produk tambahan lain. Ia juga membantu membuka saluran darah anda yang tersumbat , sehingga darah yang dipam keluar dari jantung dapat membawa oksigen, zat-zat makan, zat-zat ubat atau suplimen sampai ke tempat yang memerlukan rawatan (sel-sel). Ramai pesakit bila makan ubat atau suplimen tapi penyakit tidak sembuh maka mereka salahkan ubat, sebenarnya bukan salah ubat yang tak baik tapi zat ubat itu tak sampai kepada sel sel kerana saluran darah anda tersumbat .Dengan kandungan kolestrol dan gula yang tinggi menyebabkan darah cepat menjadi pekat, bila darah pekat di samping saluran yang menjadi sempit sehinggalah lama kelamaan saluran darah kita akan tertutup terus menyebabkan penggumpalan (atherosklerosis) itu berlaku di dalam saluran darah, jika ia berlaku di dalam saluran ke jantung, anda akan mengalami serangan jantung. Jika sekatan itu berlaku di dalam saluran yg membekalkan ke otak, anda akan mengalami strok.
Atherosklerosis ialah penyakit yg menyerang secara senyap-senyap dan tanpa sebarang gejala. Seseorang mungkin tidak menyedari yg dia mempunyai masalah ini sehingga sesuatu kejadian dramatik berlaku........seperti serangan jantung dan strok. Ia berlaku dalam senyap-senyap, tetapi seringkali membawa maut.
Kapsul Danshen plus telah dipatenkan, mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal, penggunanya di seluruh dunia melebihi 200 juta orang dan melebihi 40 negara, ia telah membantu ramai pesakit yang berkaitan saluran darah (kardiovaskular). Saluran tersumbat adalah masalah akar umbi yang perlu diselesaikan supaya peredaran darah anda lancar sehingga anda dapat mengelak daripada penyakit-penyakit merbahaya.
Video dibawah adalah hasil dari kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti keio, Japan(80,000x zoom) menggunakan kaedah satellite maping ke atas saluran darah mikro (kapilari) yang dibersihkan selepas 30 minit mengambil Kapsul Danshen Plus.Kepada orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah masa depan kesihatan anda.................Apakah 5-10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Cuba anda fikir sejenak........di kalangan rakan-rakan, saudara mara anda yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di atas, selepas saya terkena serangan jantung, banyak perkara rutin harian saya tak mampu hendak lakukan dan saya mengalami truma yang sangat teruk sehingga hilang kenyakinan diri bila saya lihat sendiri ketika berada dalam Wad di Hospital di mana ramai orang meninggal dunia, saya tidak boleh lupa sejarah itu bila pesakit yang di depan dan di tepi katil saya meninggal antaranya sebab strok, kanser hati dan organ tak berfungsi.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut tentang keberkesanan kapsul Danshen plus ini sila sms atau e-mail , saya sedia berkongsi pengalaman ini dengan semua orang terutama pesakit jantung koronari dan strok. Kapsul Danshen Plus ini adalah khusus untuk semua penyakit yang berkaitan saluran atau pembuluh darah, di mana sangat sesuai juga untuk kencing manis dan darah tinggi - bhaseer 019-260 2000
** Artikel ini adalah sebagai maklumat sahaja, Sila berjumpa Doktor bertauliah untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat *
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kapsul Danshen Plus dan Dong Chong Cao di puncak Great Wall, China

Serba sedikit tentang sejarah kesihatan saya :
* Kena serangan jantung pada sept 2007 (Kisah saya kena serangan jantung)
* Ketika dalam icu Doktor mengesahkan keadaan jantung kritikal (0tot jantung mati kerana serangan)
* Telah 2 kali buat engiogram di Hospital Serdang
* Pernah buat 'stress test' hanya lulus pada peringkat pertama sahaja, kedua dan seterusnya gagal
* Beberapa kali keluar masuk icu,ccu,chdw (kardio) dan wad biasa
* Penah trauma teruk sehingga selalu menangis sendirian, hilang kenyakinan hidup dan diri
* Mula mengambil produk Danshen Plus dan Dong Chong Cao pada Okt 2009
Pada 12 May 2010 adalah hari yang istimewa dan mengukir sejarah dalam hidup saya kerana impian untuk memanjat puncak Great Wall (7 wonders of the world) tercapai. Hari itu juga adalah harijadi saya yang ke 37 tahun dan saya memang telah merancang untuk memanjat ke Great Wall bersama produk Kapsul Danshen Plus dan Dong Chong Cao (DCC) hingga ke paras paling tinggi sebagai bukti kepada dunia bahawa kesihatan saya telah pulih di mana sebelum mengambil Danshen Plus saya selalu sakit dada, tidak boleh naik tangga, tidak boleh angkat berat, selalu keluar masuk wad dan kali terakhir saya di masuk ke wad CHDW (wad kardio) pada Okt 2009 kerana badan tiba-tiba jadi sejuk dan kebas yang berpunca dari stress di tempat kerja.
Selepas Keluar dari wad CHDW (2 hari sebelum hari raya aidilfitri) saya bertekad untuk mencuba Kapsul Danshen Plus kerana sudah tidak tahan lagi dengan kesihatan saya selalu merosot dan selalu sakit dada. Selepas mengambil Kapsul Danshen Plus dan Dong Chong Cao berterusan, alhamdullilah kesihatan telah pulih. Pada hal sebelum mengambil Danshen Plus saya telah gagal dalam 'Stress Test' dan hanya mampu habiskan tahap satu sahaja. Tapi hari ini dengan izin Allah saya berjaya sampai ke puncak Great Wall dengan ketinggian 888m tanpa sakit dada.
Ini satu bukti tentang keberkesanan Danshen Plus kepada saya dan saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana pada hari itu niat saya termakbul dan kebetulan pulak pada tarikh itu jatuh pada hari jadi saya. Rasa sangat terharu dan kenangan yang tidak dapat di lupakan kerana sebelum naik ke Great Wall rakan rakan telah membuat suprise party untuk harijadi saya dengan 2 kek dan bila semua rakan rakan dari 2 biji bas menyanyi lagu 'happy birthday' untuk saya, selepas itu mereka memeluk dan meraikan saya.....menitis air mata saya hiba.......kerana saya tidak pernah jangka semua ini akan berlaku kepada saya bila berada di negara orang.

Kapsul Danshen Plus dan Dong Chong Cao adalah herba 100% dari alam semulajadi ini telah diperkenalkan oleh pelanggan saya iaitu Mr Nathan dimana dia juga yang mempunyai masalah '1st attack' strok dan masalah buah pinggang. Bila produk ini di perkenal kepada saya dan saya diberitahu bahawa beliau juga pulih selepas mengambil Danshen Plus, Dong Chong Cao dan B.Cleasing. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr.Nathan dan isterinya Madam Premah kerana memperkenalkan produk yang hebat ini kepada saya sehingga kesihatan saya kembali pulih.
Hari ini tugas saya pula untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia dan membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah seperti saya supaya mereka pulih seperti kami berdua. Tiada apa yang mustahil, masih ramai rakyat Malaysia yang belum tahu tentang produk Kapsul Danshen Plus ini yang membantu menyelesaikan seperti penyakit Jantung, strok, kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit yang berkaitan dengan saluran darah.
" Serangan jantung dan strok adalah pembunuh senyap yang berpunca dari saluran darah yang tersumbat. Tiada orang yang meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan kencing manis tapi mereka meninggal kerana kerosakan organ yang gagal berfungsi atas sebab komplikasi dari penyakit itu"
TESTIMONI
Membersih saluran darah yang tersumbat adalah penyelesaian untuk kolestrol tinggi, pesakit jantung, strok, darah tinggi, kencing manis dan kanser
Untuk maklumat lanjut sila klik disini
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung, arteri, kapilari dan vena. Jantung merupakan pusat tenaga bagi peredaran darah. Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah mengalir ke seluruh bahagian badan. Arteri ialah salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Vena ialah salur darah yang bertanggung jawab untuk menghantar balik semula darah yang terkumpul ke jantung. Kapilari ialah salur darah halus yang menyambungkan mikro-arteri dan mikro-vena. Kapilari tersebut didapati di seluruh bahagian badan dan merupakan tempat di mana pertukaran nutrien dan oksigen berlaku.

2. Penyakit Yang Berkaitan dengan Sistem Peredaran
Penyakit boleh berlaku pada mana-mana bahagian sistem peredaran dan mengganggu perfungsian normal seluruh sistem tersebut. Penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, pembekuan darah, kegagalan fungsi pada mikro-peredaran dan sebagainya. Jika tidak dirawati, penyakit-penyakit tersebut akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan infarksi miokardial (kematian otot jantung), strok, buta, malah boleh membawa maut.
3. Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari adalah singkatan bagi penyakit jantung aterosklerosis koronari, di mana ini adalah umum antara golongan dewasa dan tua. Arteri Koronari merupakan salur darah yang membekalkan darah kepada jantung. Jika terdapat pengumpalan lemak di bahagian bawah intima salur darah tersebut, saluran tersebut akan menjadi sempit; pengumpalan lemak yang lebih banyak akan menjadi kaviti saluran tersebut semakin sempit. Ini akan menghalang kadar pengaliran darah pada bahagian intra-vaskular. Fungsi darah ialah membawa oksigen, jika permintaan oksigen meningkat atau kadar pengaliran darah menurun kepada suatu takat tertentu, ia akan menyebabkan anoksida miokardial(kekurangan oksigen pada otot jantung) dan mengganggu kerja harian. Oleh itu, Penyakit Jantung Koronari (CHD) juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (IHD). Sejak kebelakangan ini, kejadian CHD semakin meningkat di seluruh dunia.

4. Pembentukan Aterosklerosis
|
Aterosklerosis merupakan suatu penyakit yang berkembang dengan perlahan. Ia menyerang arteri besar dan arteri sederhana. Bahagian intima pada salur darah yang normal adalah licin. Perubahan patologikal awal ialah pembentukan bintik atau jejalur kuning pada deposit lemak pada bahagian bawah intima. Jika deposit lemak ini berkembang, ia akan membentuk plak ateroma dalam kaviti karina. Bahagian tengah plak ateroma dibentuk daripada sel ameboid, sel buih dan kolesterol. Pembentukan mungkin pecah dan seterusnya membentuk trombus dan bahagian tengah plak akan mengalir keluar, seterusnya menyebabkan kaviti saluran arteri semakin sempit.
5. Kesan Aterosklerosis |
Pada peringkat awal, plak ateroma boleh hilang dengan sendiri. Kesan utama aterosklerosis ialah unjuran ateroma atau trombus akan menyempitkan saluran arteri dan menjadikan tersumbat. Apabila arteri koronari menjadi letih, arterilisasi miokardia akan berkurangan dan anoksia miokardial atau nekrosis akan berlaku menyebabkan angina pektoris atau infarksi miokardia. Aterosklerosis bahagian otak akan menyebabkan kekurangan bekalan darah kepada otak, seterusnya menyebabkan rasa pening, sakit kepala dan bagi pesakit yang serius akan menghadapi “encephalatrophy” dan ciri-ciri yang dialami oleh golongan tua (anile). Trombus yang terdapat di dalam arteri serebal (otak) akan menyebabkan semiplegia; nefro-aterosklerosis akan menyebabkan iskemia pada bahagian ginjal dan mengakibatkan tekanan darah tinggi pada renal. Aterosklerosis usus akan menyebabkan sakit perut selepas makan. Aterosklerosis di bahagian kaki pula akan menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki semasa berjalan dan bagi pesakit yang serius, hujung jari kaki akan menjadi nekrotik (mati).
6. Kemerosotan Plak Aterosklerosis
Pada peringkat awal aterosklerosis, plak mungkin boleh merosot dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, pada peringkat lebih serius, umumnya plak tersebut tidak akan hilang dengan sendirinya. Oleh itu, pencegahan merupakan “rawatan” aterosklerosis yang paling berkesan.
7. Hiperlipidemia
Jika kepekatan kolesterol di dalam darah melebihi 5.72 mmol/L, kepekatan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) melebihi 3.64mmol/L, atau kepekatan trigliserida melebihi 1.7mmol/L, ia boleh dikatakan sebagai Hiperlipidemia.
8. Apakah yang menyebabkan Hiperlipidemia
Hiperlipidemia adalah disebabkan oleh pengambilan lemak haiwan atau kolesterol yang terlalu tinggi. Jika kalori di dalam makanan yang diambil melebihi daripada keperluan badan, kalori berlebihan akan disimpan dalam tisu lipid dalam bentuk trigliserida dan menjadi lemak, seterusnya menyebabkan kandungan lemak dalam darah meningkat. Bagi mereka yang kurang bersenam, kolesterol dan trigliserida darah dalam badannya lebih tinggi berbanding dengan orang yang selalu bersenam. Tambahan lagi, bagi orang yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan, merokok, berfikir terlalu banyak juga akan meningkatkan kandungan lipid dalam darah.
Kadang-kala, kandungan lipid yang tinggi berkaitan dengan warisan dan ciri-cirinya ialah; peningkatan lipid secara abnormal dalam darah dan mendapat penyakit jantung koronari pada umur yang muda. Terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan peningkatan paras lipid dalam darah. Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan dalam darah dan tisu, ia juga boleh menyerap kolesterol pada plak yang terlekat di dinding arteri. Salah satu faktor penting yang menyebabkan penyakit jantung koronari ialah paras HDL yang rendah dalam badan. Lipoprotein berketumpatan rendah membawa kebanyakan kolesterol di dalam darah. LDL yang berlebihan mengakibatkan pengumpalan kolesterol pada dinding arteri dan membentuk plak ateroma.
9. Paras Lipid dalam darah dan Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari berkait rapat dengan kepekatan kolesterol dalam darah. Komposisi diet mempengaruhi kepekatan kolesterol. Contohnya, kadar kejadian penyakit jantung koronari adalah rendah di kalangan orang Jepun. Walau bagaimanapun, ia meningkat pada kebanyakan orang Jepun yang bertempat di USA. Sebab utama ialah perbezaan komposisi diet mereka, menyebabkan kepekatan kolesterol yang tinggi dalam darah dan kejadian CHD meningkat.
10. Merokok dan Penyakit Jantung Koronari
Kajian terhadap penyakit epidemik telah membuktikan bahawa merokok meningkatkan tahap bahaya menghidapi infraksi miokardial dan kematian jantung secara mengejut. Terutamanya pada golongan yang kolesterol darahnya melebihi 180mg%, kejadian penyakit jantung koronari meningkat di kalangan perokok yang menghisap lebih daripada 40 batang rokok setiap hari. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru, penyakit pneumokardial dan penyakit salur darah perifenal. Sampai sekarang, masih tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan bahawa kepekatan tar dan nikotina tembakau yang rendah boleh mengurangkan peluang menghidapi penyakit jantung koronari. Merokok boleh menyebabkan penyakit jantung koronari kerana tembakau boleh mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), sebaliknya, meningkatkan kandungan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Pada masa yang sama, merokok menyekat pengaliran dan penggunaan oksigen, dan meningkatkan penggunaan oksigen oleh otot jantung. Setelah berhenti merokok, dalam masa setahun, kejadian penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50%; dalam masa 5-10 tahun, kadar mungkin mencapai tahap yang sama dengan orang yang tidak merokok. Keadaan pesakit jantung koronari boleh menjadi teruk dan mendapat angina pektoris jika mereka masih merokok. Merokok merupakan tabiat yang buruk. Bagi orang yang tidak merokok tetapi berada dalam sebuah bilik penuh dengan asap rokok, ketumpatan CO (karbon monoksida) dan nikotina dalam darahnya akan meningkat. Ini dikenali sebagai perokok pasif. Merokok merupakan salah satu faktor yang paling merbahaya menyebabkan penyakit jantung koronari di dunia. Tetapi, sesetengah kajian mengatakan bahawa tiada perbezaan kadar penyakit jantung koronari antara perokok dengan bukan perokok. Kami mengesyorkan kepada orang yang merokok supaya mengambil Tasly Kapsul Danshen Plus untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini merupakan satu kaedah berkesan bagi mereka yang berisiko tinggi menghidapi penyakit jantung koronari.
11. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Tekanan Darah Tinggi
12. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Obesiti
13. Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?
Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.
14. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
15. Angina Pektoris
| Pengaliran darah arteri koronari bagi orang yang normal boleh meningkat atau menurun bergantung kepada aktiviti fizikal yang berat ataupun ringan. Pengaliran darah dalam arteri koronari adalah 6-7 kali ganda lebih tinggi semasa aktiviti fizikal berbanding dengan keadaan berehat. Apabila sebahagian daripada arteri koronari menjadi sempit disebabkan oleh plak ateroma, pengaliran darah di bahagian ini menjadi terhad. Jika bahagian yang sempit ini kurang daripada 50% daripada seluruh saluran darah, ia masih boleh membekalkan keperluan oksigen kepada otok kardiak semasa melakukan aktiviti fizikal. Jika bahagian sempit melebihi 75% semasa aktiviti fizikal yang hebat, pengaliran darah tidak dapat memenuhi peningkatan keperluan oksigen oleh otot kardiak dan miokardial anoksia berlaku dengan kesakitan. Terdapat korelasi positif antara intensiti aktiviti fizikal yang menyebabkan angina pektoris dengan penyempitan kaviti (stricture) tersebut. |
Sekiranya angio-spasme (kekebasan saluran darah) berlaku bersama plak, 'stricture' akan bertambah teruk dan pengaliran darah di dalam arteri menjadi perlahan buat sementara. Ini boleh menyebabkan angina pektoris pada tahap malar (rehat). Intensiti yang menyebabkan angina pektoris boleh menjadi tinggi atau rendah. Kadang-kala aktiviti-aktiviti yang perlahan seperti stimulasi sejuk pada waktu pagi juga boleh menyebabkan angina pektoris.Secara ringkas, angina pektoris ialah satu simptom bagi miokardial anoksida yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak dapat memenuhi keperluan metabolisme otot jantung.

16. Rasa sakit apakah di bahagian dada merupakan tanda Angina Pektoris?
Angina pektoris adalah suatu rasa yang subjektif. Jika kesakitan terasa di bahagian belakang tulang dada, atau kesakitan ketat di sebelah kiri dada dan merebak ke bahagian kiri leher dan bahu atau kesakitan dalaman pada lengan kiri selama 5-10 minit, dan jika kesakitan ini disebabkan dengan aktiviti fizikal, stimulasi sejuk atau makan terlalu banyak, selalunya berlaku pada waktu pagi, dan akan hilang setelah berhenti aktiviti tersebut, kemungkinan berlaku angina pektoris adalah lebih daripada 90%. Tetapi doktor tidak boleh membuat diagnosis apa yang diperkatakan oleh pesakit, jika tidak, akan membuat diagnosis yang salah. Adalah tidak boleh dikatakan seseorang itu mengidap penyakit jantung koronari sehinngga dibuktikan terdapat miokardial iskemia, atau penyempitan arteri koronari. Berdasarkan bukti yang objektif mengenai miokardial iskemia, diagnosis untuk CHD boleh dibuat bagi kes yang tidak tipikal.
17. Mengapakah angina pektoris selalu muncul bersama hiperfagia (mengambil terlalu banyak makanan)
Untuk menghadam makanan berlebihan, usus perlu menggeliang-geliut lebih dan merembeskan lebih banyak jus penghadaman, ini memerlukan peningkatan bekalan darah kepada saluran gastrointestinal, maka jantung perlu meningkatkan pengeluaran kardiak dan penggunaan oksigen oleh otot kardiak juga akan meningkat. Pada masa ini, jika masih makan banyak makanan yang berlemak tinggi, lipid dalam darah dan kelikatan darah akan meningkat. Ini memudahkan pembentukan mikro-trombus yang akan menyebabkan angina pektoris.
18. Infarksi Miokardial
Infarksi miokardial merujuk kepada penghalangan pengaliran darah dalam arteri koronari yang tidak normal. Bekalan darah berkurangan dengan banyak menyebabkan miokardial iskemia yang serius, akhirnya membawa kepada nekrosis iskemia pada miokardium (lapisan dinding jantung yang sederhana tebal dan paling tebal yang terdiri daripada otot jantung).
19. Penyebab infarksi miokardial
Dalam kebanyakan kes, infarksi miokardial adalah disebabkan oleh bekuan darah dalam arteri koronari. Pembentukan bekuan darah adalah disebabkan oleh aterosklerosis. Infarksi miokardial mempunyai subjenis yang berlainan berasaskan sebab yang nyata, ciri-ciri patologi, ciri ECG, dan simptom-simptom klinikal. Setiap subjenis infarksi miokardial mempunyai ciri-ciri khusus yang nyata, tambahan kepada simptom umumnya.
20. Simptom yang biasa terdapat pada infarksi miokardial
Pesakit dengan infarksi miokardial selalunya menghadapi kesakitan yang teruk dan berterusan pada belakang tulang dada. Simptom lain termasuk demam, sel darah putih berlebihan; bacaan ECG yang tidak normal menandakan kerosakan miokardial akut, iskemia dan nekrosis pada otot jantung. Kadang-kala juga menghadapi denyutan jantung yang tidak normal, kejutan atau kegagalan jantung berfungsi. Oleh itu, infarksi miokardial merupakan penyakit jantung koronari yang serius.
21. Ciri-ciri infarksi miokardial pada orang tua
Infarksi miokardial pada orang tua selalunya berlaku tanpa kesakitan yang nyata pada bahagian dada, malah tiada rasa sakit langsung. Sebaliknya, mereka sentiasa berasa sesak pada dada, palpitasi, sesak nafas atau tekanan darah rendah, berpeluh sejuk, kesejukan pada tangan dan kaki. Kadang-kala berasa tidak senang pada bahagian tengah badan, sakit, rasa loya, bersama dengan simptom seperti sakit tekak, bahu, belakang badan dan nyanyuk. Jika seseorang tua itu mempunyai salah satu simptom atau lebih seperti yang disebut di atas, mereka harus berhati-hati kerana kemungkinan besar akan mendapat infarksi miokardial.
Lain-Lain Produk
1. DANSHEN PLUS
2. B.CLEANSING
3. DONG CHONG COA
4. MARGARET PLUS (Khusus untuk wanita)
5. KASLY ALOE FIBER PLUS
6. WILD GINSENG
7. MONASCUS
8. HERBA S&P TEA
~ Pemeriksaan Mikrosirkulasi (saluran darah kapilari)
Penafian : Blog ini adalah persendirian dan bukan blog rasmi Tasly (M) Sdn Bhd. Untuk mendapat maklumat lebih tepat sila rujuk dengan Profesional Perubatan bertauliah. Kandungan dalam blog ini adalah atas pengalaman saya sendiri sebagai perkongsian dengan pembaca.





